Trip #1 Memancing di Tiang Jambatan Permaisuri Bainun, Lumut

Ini merupakan trip pertama aku memancing di tiang Jambatan Permaisuri Bainun bersama seorang rakan Dino bagi mengisi masa pada hujung minggu. Kami sampai di Jeti lebih kurang jam 11.30 setelah membeli umpan di Kampung Sitiawan.

tiangbainun1

Kawasan ini amat popular di kalangan kaki pancing dan pastinya setiap hujung minggu pasti akan di penuhi para pemancing yang datang dari sekitar lumut mahupun dari luar negeri Perak. Jadi tiada masalah untuk sampai ke tiang jambatan  kerana bot ah heng ada menyediakan perkhidmatan menghantar dengan bayaran rm10 seorang.

tiangbainun5

Selang 10 minit bot ah heng sampai dan mengambil kami dan 2 orang geng pemancing dari Ipoh. Aku dan dino minta untuk diturunkan di tiang no. 4 sebab boleh nampak kereta dan tak jauh dari jeti..

tiangbainun10

Sesampai sahaja, kami terus memasang peralatan memancing.. aku memasang 2 rod dengan menggunakan umpan hidup sementara sebatang rod lagi aku gunakan umpun-umpun. Agak kerap juga aku menukar umpan tapi masih tiada sentapan.. akhirnya dapat juga lah menaikkan anak kerapu.

tiangbainun3 tiangbainun4  tiangbainun6

Kerapu singa pun ada.. tapi aku melepaskan semula sebab tak berapa pandai nak siang.

tiangbainun7 tiangbainun8 tiangbainun9

Ini adalah antara hasil yang kami perolehi.. matlamat kami sebenarnya untuk mencari siakap tapi rezeki belum sampai.. mungkin aka di usahakan pada trip yang lain.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+1Share on LinkedIn0Pin on Pinterest0Print this page

Comments

comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *