Tempat-tempat menarik di Kuala Kangsar untuk di lawati

kualakangsar2

Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

1. Masjid Ubudiah

kualakangsar1

Tidak sah kalau ke Kangsar Kangsar untuk singgah di Masjid ini yang terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.

masjidubudiah

Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu. Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.

Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916.

2. Galeri Sultan Azlan Shah

galeri-sultan-azlan-shah

Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri – genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari ‘Cengal’ dan ‘Meranti’ kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .

Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak.

3. Jambatan Victoria

jambatan-victoria

Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson.

Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.

4. Istana Kenangan

istana-kenangan

Istana Kenangan yang dijadikan Muzium Diraja ini telah dibina pada tahun 1926 oleh seorang tukang berbangsa Melayu dari Bukit Mertajam bernama Encik Sopian dan dibantu oleh dua orang anak lelakinya Zainal Abidin dan Ismail. Istana ini dibina atas perintah Almarhum Sultan Iskandar sebagai tempat persemayaman sementara baginda, disebabkan pada waktu itu Istana Iskandariah masih di dalam proses pembinaan.

Kini istana ini yang telah dijadikan Muzium Diraja dan mengembalikan kenangan para pelawat muzium ini kepada kerajaan dan tamadun Melayu. Ini dapat dilihat dari reka bentuk bangunan, ukiran-ukiran yang indah serta pameran urutan sejarah Negeri Perak semenjak Kerajaan Bruas lagi. Muzium Diraja ini bukan sahaja memaparkan artifak-artifak sejarah dan kebudayaan tetapi juga siratan sejarah bangsa Melayu dan keagungannya pada masa silam.

Masuk adalah percuma.

Sumber : MPKKPK

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+1Share on LinkedIn0Pin on Pinterest0Print this page

Comments

comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *