Sepetang memancing di Jambatan Bainun

Di sebabkan tiada aktiviti hujung minggu aku membawa aqil bersama memancing di jambatan bainun. Disini merupakan kawasan popular bagi mereka pemancing, juga kawasan parking untuk kekelong dan kaki jambatan.

Kami sampai jam 2.30 petang setelah membeli umpan udang hidup di kampung setiawan.. setibanya kami, air sudah mulai pasang dan kawasan tersebut telah di penuhi oleh pemancing yang lain. Ada yang mendapat ketam bunga menggunakan umpun-umpun.

Ikan Sebelah

Alhamdullilah.. hasil tangkapan kali ini, aku mendapat ikan sebelah. Menurut sejarah Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini telah dimakan oleh Nabi Sulaiman AS tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja. Seterusnya, ikan tersebut hidup dan membiak hingga ke hari ini. Hal ini menjadi bukti kewujudan ikan ini yang kekal sehingga ke hari ini untuk menjadi iktibar kepada kita semua.

Setelah itu tiada lagi getuan, jadi kami pun mengakhiri aktiviti memancing pada sebelah petang.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on LinkedIn0Pin on Pinterest0Print this page

Comments

comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *