Menikmati keindahan Tasik Cermin, Ipoh

Sebenarnya aku pun tak pernah tahu pasal tasik cermin tapi sejak di viralkan melalui laman sosial perasaan ingin tahu mula timbul dan ingin melihat sendiri apa sebenarnya yang ada disana.

Berkesempatan pada cuti hujung minggu aku gunakan peluang ini untuk pergi sendiri bersama keluarga.. sambil-sambil nak ke Ipoh mencari barang dapur.

Bagaimana untuk ke Tasik Cermin?

Pada mulanya agak melilau juga untuk aku mencari jalan masuk kerana tiada satupun papan tanda yang menunjukkan arah ke situ, kalau pertama kali boleh tersesat dibuatnya. Sekiranya dari lebuhraya utara selatan perlu keluar melalui exit simpang pulai yang jauhnya lebih kurang 5km.

Semasa aku sampai kereta terpaksa di letakkan di luar kawasan kuari dan tidak di benarkan masuk. Terdapat sebuah rumah atau pejabat pekerja disini dan juga bunyian jentera yang berkerja   

Untuk sampai, perlu melalui terowong batu kapur sepanjang lebih kurang 100 meter, mungkin terowong itu di bina oleh pihak kuari tersebut.

 

Ada apa di Tasik Cermin?

Memang aku akui kawasan ini sememangnya cantik.. tersembunyi di sebalik gunung batu kapur dengan kehijauan air tasik yang memantulkan bayangan seolah-olah seperti sebuah cermin.

Disini juga terdapat sebuah rakit yang bertambat dengan tali yang tiada pengayuh.. kalau nak menggunakan rakit seorang perlu memegang tali di darat supaya mudah menarik kembali rakit tersebut.

Aku tak berapa lama di sini sebab terasa sedikit bahang akibat tiada tiupan angin kerana di halang oleh batuan gunung kapur. Pastikan kalau datang kesini tidak membuang sampah dan mengotorkan kawasan tersebut. Semoga kawasan sebegini dijaga dan tidak dimusnakan oleh arus pemodenan.

Share on Facebook1Tweet about this on TwitterShare on Google+1Share on LinkedIn0Pin on Pinterest0Print this page

Comments

comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *