Mendaki di kaki Bukit Kledang

Kaki bukit? Mungkin itu yang boleh aku gambarkan. Lebih kepada program santai aku bersama keluarga sambil membawa anak-anak menghirup udara segar di sepanjang pendakian. Sebelum ini aku pernah mendaki bersama kawan sepejabat di laluan 4-9 baca disini yang sedikit mencabar, hari ini aku memilih laluan berturap tar.

Tiba seawal 7.30 pagi dengan kenderaan yang sudah memenuhi kawasan parking, aku terpaksa berlegar-legar mencari petak kosong.. nasib baik terdapat sebuah petak yang berdekatan.

image

Pendakian bermula dengan semangat yang berkobar-kobar terutama anak-anak, air mineral botol kecil dijadikan bekalan. Tiada apa yang menarik di sepanjang laluan cuma terdapat pondok untuk berehat.. Target aku cuma setakat mana yang termampu oleh anak-anak, lepas 2 kilometer yang pertama Zara mula keletihan.. jadi aku terpaksa mendukung untuk destinasi seterusnya.

image

Kami meneruskan perjalan sehingga 2km lagi.. sampai di sini Liya Zafirah mula sakit kaki di sebabkan melecet. Jadi kami berehat dahulu sambil menghirup udara segar sambil anak-anak melihat ikan-ikan peliharaan di taman.

image

Kami mula bergerak turun.. sepanjang laluan masih di penuhi oleh orang ramai, terdapat juga yang berbasikal.. kena berhati-hati kerana laluan turun ada yang menunggang agak laju. Apa yang aku perhatikan disini pelbagai peringkat umur melakukan aktiviti riadah.

image
image

Muhammad Aqil, Hanis Sofea dan Zara Aleesya yang kepenatan.. sempat berposing. Pada aku sememangnya bertuah jika di sesebuah Majlis atau perbandaran mempunyai kawasan riadah percuma sebegini.

image

Kami sampai di kawasan parking jam 10.30, sambil itu aku sempat membeli air kelapa pandan yang di jual di tapak pakir. Destinasi yang seterusnya kami menyinggah di AEON BIG lebih kurang 2km dari sini.. hehe

Share on Facebook4Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on LinkedIn0Pin on Pinterest0Print this page

Comments

comments

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *