Memancing di Kelong Giat Mara @ Pak Atan

Kali ini kumpulan kami akan menerjah ke kelong Giat Mara atau kelong Pak Atan.. Lokasi kelong ini terletak berhampiran dengan Jambatan Permaisuri Bainun Lumut Perak.. menurut Pak Atan yang menjaga kelong ini, ianya mampu memuatkan sekurang-kurangnya 30 orang pada satu2 masa.

Baca juga : Pengalaman memancing di Kelong Ah Heng

Sepatutnya, trip yang kami rancang ini seramai 5 orang tetapi seorang menarik diri.. jadi kami tinggal berempat iaitu aku, dino, zulmetall dan jebat.

Seperti biasa kami akan ke kg. Sitiawan dahulu untuk membeli umpan serta ais batu. Untuk kekelong ini, kami perlu menunggu di tempat parking jambatan Bainun.. bot yang mengambil kami agak kecil memandangkan barang kami agak banyak.

Sesampainya kami di Kelong ada satu group dari Ipoh telah bersiap untuk pulang, jadi kami bernasib baik untuk mengambil alih tempat tersebut.. jadi hanya 2 group sahaja disini. Setelah meletakkan barang.. masing2 sibuk memasang perambut pancing, memandangkan air sudah mulai pasang.

Sedikit info berkenaan kelong Giat Mara..

  1. Air – pihak kelong tiada menyediakan air bersih.. hanya air laut atau air tadahan hujan sahaja. Jadi pandai-pandailah bawa air mengikut keperluan sendiri.
  2. Elektrik – lampu juga terdapat di kelong ini sekiranya bermalam
  3. Dapur – dapur disediakan tetapi kami tak berapa sanggup nak guna.. jadi bawa pinggan dan periuk sendiri untuk keselesaan.
  4. Keadaan kelong – kelong ini agak besar cuma laluannya telalu kecil.. perlu berhati-hati. Mempunyai sebuah rumah yang didiami oleh pak atan atau anak-anaknya. Selain itu, terdapat 3 pondok teduhan termasuk dapur.

Kami bermula jam 12.30 tengahari dan cuaca agak cantik. Antara ikan yang dinaikan ialah gelama dan duri menggunakan umpun2, kemudian pancing zul menaikan anak kerapu. Pada sebelah petang sambaran raja muara menyambar pada pancing zul dan berjaya menaikan siakap seberat 2 kg lebih.

Pada sebelah malam nasib tidak menyebelahi kami bila hujan yang turun tidak berhenti. Tiada hasil pada sebelah malam melainkan seekor sembilang dinaikkan.

Aktiviti pagi setelah hujan berhenti, kami menyambung kembali dan dapat jugalah menaikkan ikan tanda serta ikan gelama. Kami menamatkan aktiviti di kelong jam 9.00 pagi. Alhamdullilah walaupun cuaca kurang baik, tetapi kami masih mampu membawa hasil. Insya Allah di lain masa kami akan datang lagi kesini.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+1Share on LinkedIn0Pin on Pinterest0Print this page

Comments

comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *