Lebah bersarang di kawasan rumah.

Kadang kala tindakan pencegahan lebih baik dari merawat. Apa yang aku maksudkan ialah dua hari yang lepas surirumah telah terperasan sekumpulan lebah telah membuat sarang di pokok mempelam di hadapan rumah. Kalau di perhatikan lebah ni jenis yang menghasilkan madu dan saiznya lebih kurang sebiji bola takraw.

Apa yang membimbang kan aku bila anak-anak menunggu bas sekolah disitu. Bimbang kalau-kalau lebah tu terganggu.. menyerang mungkin membahayakan kami dan jiran-jiran yang lain.

Panggilan kecemasan 999

Tindakan yang aku ambil ialah menelefon nombor kecemasan 999 dan di jawab oleh pihak operator.. setelah mengambil butir peribadi dan kawasan kejadian, mereka kemudiannya menyambungkan ke pihak operator APM atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Menurut pihak operator APM, mereka akan memaklumkan ke JPAM Seri Iskandar dan tindakan memusnahkan hanya akan dilakukan pada sebelah malam.

Berselang 10 minit kemudian pihak JPAM telah menghubungi aku dan akan sampai 5 minit lagi kerana kebetulan mereka ada operasi di sini.

Tindakan anggota JPAM apabila sampai melihat sarang lebah tersebut dan mereka kata boleh di musnahkan kerana saiznya yang tidak begitu besar.

Antara peralatan yang di perlukan ialah tangga, spray ubat nyamuk dan pemetik api. Mereka menyembur ke sarang tersebut selama 5 minit dan akhirnya menjatuhkan sarang tersebut.

Beginilah rupa sarang lebah yang telah di musnahkan. Terima kasih aku ucapkan kepada anggota JPAM Seri Iskandar yang sedia membantu.

Share on Facebook1Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on LinkedIn0Pin on Pinterest0Print this page

Comments

comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *