Subscribe first..

Statistik

Web Sites Counters

Borang dan syarat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0)

Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Lim berkata isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Berkeluarga.

  • Hanya ketua keluarga (atau seorang wakil) layak mohon.
  • Berpendapatan isirumah dibawah RM3,000 sebulan.
  • Isi borang yang disediakan.
  • Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).

Bantuan RM250

  • Individu bujang
  • Bukan pelajar IPT
  • Berpendapatan bawah RM2,000 sebulan
  • Isi borang yang disediakan.
  • Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).

Mereka Yang Sudah Memohon BR1M 1.0 (kali pertama yang lepas)

  • Tidak perlu memohon lagi.
  • Tunggu dapat duit sahaja.

Katanya pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Borang BR1M Online

Borang BR1M 2.0 Secara Manual

Boleh didapati di Kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara atau muat turun di http://www.hasil.gov.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Number of View :22310

4 comments to Borang dan syarat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0)

  • [...] LUMPUR 31 Dis. – Kerajaan akan melaksanakan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bermula Februari ini. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sehingga hari [...]

  • Berkeluarga.
    Berpendapatan isirumah dibawah RM3,000 sebulan.

    Situasi saya, pendapatan saya dan isteri sememangnya melebihi RM3,000 sebulan tetapi tidak melebihi RM5,000. Persoalannya adalah saya tinggal berjauhan daripada anak dan isteri dan terpaksa menanggung 1 anak (2tahun) dan 2 perbelanjaan rumah. Saya bekerja di melaka dan isteri di putrajaya. Perbelanjaan bulanan saya agak tinggi dan tidak mampu untuk menyimpan. Pendapatan kami berdua tidak boleh dikira sebagai pendapatan isirumah. Jadi, adakah saya layak untuk bantuan ini. Untuk yang pertama dulu telah diberitahu tidak layak tapi tiada sebarang alasan yang diberikan. Jadi saya mahu tahu jika sekiranya saya tidak layak apakah sebabnya dan sekiranya saya layak apa yang perlu saya lakukan. Harap dapat penjelasan.

  • AIN SHAH

    Assalamualaikum.
    saya ain dari balakong.
    tarikh saya ambil BRIM 26 FEB 2013. tapi saya sudah terlepas. saya dimaklumkan bahawa boleh ambil di pejabat Bandar Baru Salak Tinggi. saya puas telefon pejabat tapi tidak angkat . boleh kah Tuan/Puan beri Map kepada saya untuk mengambil vaucer tersebut?

  • sawak bin tambisan

    anak umur 22tahun
    bujang, belum dapat brim 1 Malaysia.
    dengan siapa, sy minta bantuan perkara ini..?

Leave a Reply

  

  

  

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge