Aktiviti berkhemah dan memanggang di laman rumah

image

Mengimbas kembali sewaktu mengikuti aktiviti badan berunifom pengakap di sekolah menengah.. jika dulu aku sering pergi berkhemah ke lata Guar, lata Ulu Kenas, tapak perkhemahan di bukit Chandan, Taiping, Layang-Layang dan sehingga berbasikal ke Pulau Pangkor. Kini semua itu telah menjadi kenangan indah yang terpahat dalam memori..

Memasang Khemah

Bagi mengisi masa yang terluang sempena cuti Sabtu dan Ahad, kami telah merancang mengadakan aktiviti perkelahan di laman rumah. Anak-anak mula excited seawal aku mula memasang khemah terutama Aqil dan Zafirah. Khemah ini aku beli semasa promosi di AEON Ipoh dan sesuai untuk muatan 4 orang. Selepas siap mendirikan kemah aku membiarkan mereka bermain di khemah… sementara itu… aku menyediakan tempat membakar untuk aktiviti malam.

image

image

Aktiviti Barbeque

Peralatan membakar amat mudah iaitu dapur panggan, arang (stok lama), pelapik pemanggang dan bahan menyalakan arang. Mula-mula agak payah juga menyalakan api kerana asyik padam.. jadi aku terpaksa berkipas untuk memastikan arang mengeluarkan bara. Isteri pula sibuk menyediakan spaghetti dan minuman di dapur. Anak-anak dah tak sabar.. jadi aku memberikan sosej yang telah dibakar.
image

image

Tu… dia hasilnya, jadi bemulalah aktiviti makan malam bersama keluarga. Walaupun kecil..tapi kemeriahan dan celoteh anak-anak membuatkan kita jadi gembira melihat keletah mereka..

image

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+1Share on LinkedIn0Pin on Pinterest0Print this page

Comments

comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *