321101_285480534798731_2012011488_nMenulis blog ini seperti menulis sebuah diari yang merakamkan perjalanan sebuah kehidupan. Lahir dari generasi X, dimana aku menjalani kehidupan kanak-kanak tanpa gajet dan yang ada hanyalah menonton televisyen hitam putih.

Kini aku berkerja di sebuah jabatan kerajaan yang¬†di kelilingi dengan ilmu dan maklumat atau di sebut Perpustakaan. Rugi rasanya jika tidak mengambil peluang bila ilmu ada di tangan. Bertapak dari situ, aku mula mengenal dan berminat dalam dunia ‘information technology’ dari menghasilkan sebuah laman web jabatan, membina sebuah sistem yang membantu urusan kerja, mengenali dunia grafik foto dan ilustrasi. Akhirnya ke dunia Videography. Aku masih belajar dan akan terus belajar.

Pendidikan & Keluarga

Mendapat peluang menyambungkan pengajian sewaktu bekerja dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Perpustakaan) di UiTM Shah Alam melalui Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Sebenarnya aku amat berterima kasih kepada emak, abah, isteri serta keluarga tersayang yang begitu banyak memberi dorongan dan galakan.

IMG_0636.JPG

asrafzamani.com